Demam Durianity!
Terletak di korner IOI Boulevard, Puchong, Durianity menawarkan lebih dari sekadar makan durian! Restoran ini juga ada menghidangkan macam-macam makanan berasaskan nasi dan pasta, dan yang menariknya banyak hidangan yang bersulamkan durian seperti Nasi Goreng Durian, Nasi Lemak Durian dan macam-macam durian lagi. Kalau nak cuba durian bakar pun ada, dan banyak lagi manisan durian seperti crepe, kek (bentuk buah durian), aiskrim, durian goreng dan beraneka jenis lagi. Dan.. durian yang ditawarkan ialah durian berasal dari Raub, Pahang. Ada durian kampung dalam harga RM15-18 sekilo, Musang King dalam RM28-38, Tekka berharga RM30 sekilo, dan durian XO. Ikut suka la nak order mana, ada yang suka manis sahaja, ada yang suka kepahitan dalam kemanisan katanya umpama rempah kehidupan. Boleh makan durian di kedai atau boleh dipek cantik dalam bekas plastik untuk dibawa pulang. Durian di sini rasanya amat sedap de...