Demam Durianity!


Terletak di korner IOI Boulevard, Puchong, Durianity menawarkan lebih dari sekadar makan durian! 
Restoran ini juga ada menghidangkan macam-macam makanan berasaskan nasi dan pasta, 
dan yang menariknya banyak hidangan yang bersulamkan durian seperti Nasi Goreng Durian, 
Nasi Lemak Durian dan macam-macam durian lagi. Kalau nak cuba durian bakar pun ada, 
dan banyak lagi manisan durian seperti crepe, kek (bentuk buah durian), aiskrim, durian goreng 
dan beraneka jenis lagi. Dan.. durian yang ditawarkan ialah durian berasal dari Raub, Pahang. 
Ada durian kampung dalam harga RM15-18 sekilo, Musang King dalam RM28-38, Tekka berharga 
RM30 sekilo, dan durian XO. Ikut suka la nak order mana, ada yang suka manis sahaja, 
ada yang suka kepahitan dalam kemanisan katanya umpama rempah kehidupan.  
Boleh makan durian di kedai atau boleh dipek cantik dalam bekas plastik untuk dibawa pulang. 

Durian di sini rasanya amat sedap dengan Musang King yang debab dan berkrim serta berbiji nipis 
serta Tekka yang pahit-pahit manis untuk mereka yang hendak mengimbau  masa silam yang muram. 
Hahahaha... Untuk yang rasa-rasa tak cukup cash tapi nak layan makan durian, 
Durianity menyediakan bayaran melalui kad debit atau kredit.   

BEST KE?
Kami memilih "Best" sebab restoran ini tersusun, bersih dan jika anda membawa teman 
yang tidak menggemari durian, dia pun boleh enjoy menikmati makanan yang lain! 

Comments

Popular posts from this blog

Cold Stone Creamery

Cake Jalan Tiung

dahmakan: Best Ke?