LOKL di Kuala Lumpur
Bukan senang nak lepak Kuala Lumpur di waktu kerja, jadi sementara ada cuti sempena Merdeka dan sambutan hari kemerdekaan dibuat di Putrajaya, kami pun bergerak ke Kuala Lumpur untuk bersiar-siar ketika bandaraya ini sedikit lengang. Untuk sarapan/makan tengahari (sarahari?) atau brunch kami mengunjungi sebuah restoran comel yang dinamakan LOKL Coffee Co. Restoran ini bertempat di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur di Jalan Tun H.S.Lee, sila Waze untuk lokasi. Ironinya makanan yang disediakan bukan bertemakan makanan tempatan walaupun nama restoran ini berbunyi seperti lokal, yang bermaksud tempatan. Mereka menghidang pelbagai jenis masakan dengan sedikit Asian twist katanya. Jadi siapa yang teringin nasi lemak, lontong, soto dan sebagainya, ini bukan destinasi ye. Kami memilih tiga hidangan, Eggs Florentine, Smoked Brisket Hash dan Biscuits & Gravy. Hidangan telur itu berbaloi kerana ada salmon, bayam dan sos hollandaise di atas sekeping English muffin. Kami s...