Posts

Showing posts with the label Makan

LOKL di Kuala Lumpur

Image
Bukan senang nak lepak Kuala Lumpur di waktu kerja, jadi sementara ada cuti sempena Merdeka dan sambutan hari kemerdekaan dibuat di Putrajaya,  kami pun bergerak ke Kuala Lumpur untuk bersiar-siar ketika bandaraya ini sedikit lengang. Untuk sarapan/makan tengahari (sarahari?) atau brunch kami mengunjungi sebuah restoran comel yang dinamakan LOKL Coffee Co. Restoran ini bertempat di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur di Jalan Tun H.S.Lee, sila Waze untuk lokasi. Ironinya makanan yang disediakan bukan bertemakan makanan tempatan walaupun nama restoran ini berbunyi seperti lokal, yang bermaksud tempatan. Mereka menghidang pelbagai jenis masakan dengan sedikit Asian twist katanya. Jadi siapa yang teringin nasi lemak, lontong, soto dan sebagainya, ini bukan destinasi ye.  Kami memilih tiga hidangan, Eggs Florentine, Smoked Brisket Hash dan Biscuits & Gravy. Hidangan telur itu berbaloi kerana ada salmon, bayam dan sos hollandaise di atas sekeping English muffin. Kami s...

Demam Durianity!

Image
Terletak di korner IOI Boulevard, Puchong, Durianity menawarkan lebih dari sekadar makan durian!  Restoran ini juga ada menghidangkan macam-macam makanan berasaskan nasi dan pasta,  dan yang menariknya banyak hidangan yang bersulamkan durian seperti Nasi Goreng Durian,  Nasi Lemak Durian dan macam-macam durian lagi. Kalau nak cuba durian bakar pun ada,  dan banyak lagi manisan durian seperti crepe, kek (bentuk buah durian), aiskrim, durian goreng  dan beraneka jenis lagi. Dan.. durian yang ditawarkan ialah durian berasal dari Raub, Pahang.  Ada durian kampung dalam harga RM15-18 sekilo, Musang King dalam RM28-38, Tekka berharga  RM30 sekilo, dan durian XO. Ikut suka la nak order mana, ada yang suka manis sahaja,  ada yang suka kepahitan dalam kemanisan katanya umpama rempah kehidupan.   Boleh makan durian di kedai atau boleh dipek cantik dalam bekas plastik untuk dibawa pulang.  Durian di sini rasanya amat sedap de...