Posts

Showing posts from August, 2018

Cold Stone Creamery

Image
Siapa ada gigi manis? Sweet tooth bak kata orang putih. Kalau ada, Cold Stone Creamery mesti membuatkan anda teruja. Cold Stone Creamery merupakan sebuah kedai aiskrim yang terletak di pusat membeli belah terkemuka Pavilion Kuala Lumpur. Jenama aiskrim ini lahir di Arizona, Amerika, dan kini jenama ini telah membuka cawangan di serata dunia. Konsep kedai Cold Stone Creamery ini ialah, anda boleh memilih gabungan aiskrim yang telah diadun dan ditawarkan di dalam menu, atau anda boleh memilih aiskrim perisa sendiri untuk dicampurkan. Perisa aiskrim yang dipilih itu akan dicampurkan di atas batu granit sejuk sebelum dihidang kepada pelanggan, lantas diberi nama "Cold Stone". Cold Stone Creamery menawarkan pelbagai perisa aiskrim dan smoothies . Anda boleh memilih untuk menikmati aiskrim dalam cawan saiz kecil, sederhana dan besar, atau boleh memilih kon atau mangkuk waffle. Harga tambah sikitlah untuk kon dan mangkuk waffle tu. Dan untuk memeriahkan lagi aiskrim, anda bol

Stik Di Serai? Sedap Ke?

Image
Kalau pergi restoran Serai untuk makan hidangan Malaysia memang logiklah kan sebab nama kedai pun Serai. Serai Platter yang menggabungkan nasi dengan lauk asam pedas kering ekor, ayam goreng dan sambal sotong memang menjadi kegemaran ramai pengunjung. Pilihan Nasi Kerabu, Satay, Ikan Stim, Kerabu dan sebagainya memang tidak dinafikan kesedapannya. Tetapi tahukah anda Serai juga ada menyediakan masakan barat? Tentu sekali kalau ada rakan-rakan yang mencadangkan makan barat di Serai, ada yang akan bertanya, sedap ke? Hidangan stik/steak Serai memang berbaloi dengan harganya. Stik ribeye dari Australia ini dimasak sempurna mengikut kehendak ''doneness' pelanggan, dihidang bersama puri labu yang lembut disulam elemen cebisan daging lembu garing, bawang dan cendawan Portobello tumis, kentang koktail rebus dan jus lada hijau. Dan di atas stik itu dihias dengan elemen garing macam bihun rangup. BEST KE? Untuk RM60, jawapan kami ialah Best Sangat! Stik lembut dan elemen-