Cold Stone Creamery


Siapa ada gigi manis? Sweet tooth bak kata orang putih. Kalau ada, Cold Stone Creamery mesti membuatkan anda teruja. Cold Stone Creamery merupakan sebuah kedai aiskrim yang terletak di pusat membeli belah terkemuka Pavilion Kuala Lumpur. Jenama aiskrim ini lahir di Arizona, Amerika, dan kini jenama ini telah membuka cawangan di serata dunia. Konsep kedai Cold Stone Creamery ini ialah, anda boleh memilih gabungan aiskrim yang telah diadun dan ditawarkan di dalam menu, atau anda boleh memilih aiskrim perisa sendiri untuk dicampurkan. Perisa aiskrim yang dipilih itu akan dicampurkan di atas batu granit sejuk sebelum dihidang kepada pelanggan, lantas diberi nama "Cold Stone".

Cold Stone Creamery menawarkan pelbagai perisa aiskrim dan smoothies. Anda boleh memilih untuk menikmati aiskrim dalam cawan saiz kecil, sederhana dan besar, atau boleh memilih kon atau mangkuk waffle. Harga tambah sikitlah untuk kon dan mangkuk waffle tu. Dan untuk memeriahkan lagi aiskrim, anda boleh tambah toppings macam badam tabur, karamel dan sebagainya, dan of course, tambah sikit lagi duit.


BESTKE?
Hmm... kami rasa aiskrimnya terlalu manis dan tidak ada teater apa-apa dalam pembikinan aiskrim atas batu sejuk ni. Ingatkan macam di restoran Jepun masak teppanyaki yang ada tunjuk skil baling-baling sudip tu. Hahaha! Mereka hanya ambil dua aiskrim yang dicampur atas batu ala campur tempoyak dengan ikan bilis gitu. Dengan harganya, kami rasa kami takkan datang lagi. Tetapi untuk si gigi manis, mungkin inilah kedai aiskrim yang anda cari!

Comments

Popular posts from this blog

Cake Jalan Tiung

dahmakan: Best Ke?