Mezcla Burrito Bar: Ke Mexico Kita?


Soalan nak makan di mana ni sering membuat pasangan bertengkar sebab selalunya yang perempuan tahu di mana dia tak nak makan, dan yang lelaki risau nak utarakan takut yang perempuan tak nak makan di sana. You feel me? 

Jadi sempena cuti panjang sambutan maal hijrah yang lalu, maka kaki pun panjang nak jalan-jalan cari makan, dan selepas melayari internet lebih kurang setengah jam,  kita ke USJ Taipan mencuba hidangan May-hee-ko. Dari luar kedai kita takdelah teruja sangat sebab restorannya kelihatan terlalu ringkas tapi janganlah letak harapan terlalu tinggi sebab ini bukan restoran high-end.  

Restoran ini menyediakan hidangan Burrito, Taco, Quesadillas dan beberapa lagi hidangan side orders. (Boleh zoom gambar seterusnya untuk hidangan yang ditawarkan beserta harga). Tacos ada dua pilihan sarung, satu yang lembut macam roti, satu corn shell yang rangup, dan pengunjung boleh memilih daripada 6 kombinasi. Ada salsa udang, ayam dan jagung, ikan dan mangga, tofu dan kekacang, kambing dan keju feta, serta steak dan chili. Kami cuba no 1, 3 dan 6, dan siap repeat order lagi. Harga boleh rujuk di gambar di bawah. Kalau tambah RM3 dapat air tin dan semangkuk nachos.


Burrito di Mezcla ni gemuk dan mengenyangkan. Boleh pilih Burrito yang ditawarkan seperti Udang Bawang Putih Bercili dan Ayam Panggang Berempah, atau boleh buat campuran sendiri dengan memilih bahan yang anda mahu dalam burrito anda itu.  Burrito yang ditawarkan dalam harga RM13-RM15, untuk yang dicipta anda sendiri, harganya RM17. Tapi kami boleh janji ianya mengenyangkan. Tengok saja gemuknya Burrito mix it up di bawah ini. 



Hidangan sampingan yang kami cuba pula ialah bebola nasi berkeju dan jagung bakar dengan keju dan cili. Picit limau tu di atas jagung dan nikmati kesedapannya. Bebola keju  berharga RM9 dan jagung RM7. 






BEST KE? 
Mezcla Burrito Bar memang best sebab harga berpatutan, makanan sedap, lagu best (playlist 90s dengan Mariah Carey, Boyz to Men, Whitney Houston....) dan tempatnya layan diri. Tiada SST atau cas servis untuk Mezcla. Jadi untuk mereka yang teringin nak makan makanan Mexico dengan harga yang berpatutan, sila cari restoran ini. Alamat tertera di resit itu! Kebarangkalian untuk repeat sangat besar!

Comments

Popular posts from this blog

Cold Stone Creamery

Cake Jalan Tiung

dahmakan: Best Ke?