dahmakan: Best Ke?


Untuk mencari makanan di Malaysia sangatlah mudah.. tepi pejabat sahaja dah ada macam-macam makanan yang dijual. Ayam goreng, sambal paru, daging rendang, chicken chop dan sebagainya. Tetapi, untuk mencari makanan sihat, segera dan sedap setiap hari bukanlah perkara mudah. Ruang ini masih terbuka luas untuk pengusaha makanan sihat di luar sana terokai. Oleh kerana inginkan makanan sihat yang tak sedih rupanya, kami pun memesan makanan dari dahmakan menerusi aplikasi telefon pintar. Mudah je.. pilih hari, pilih makanan, bayar guna online banking dan makanan panas ini dihantar ke destinasi mengikut masa yang dipilih. Sila taip dahmakan dan cubalah sendiri. (p/s: this is not a paid advertisement, ini bukanlah iklan berbayar) 

Harini kita mencuba Kari ikan thai dengan laici, jagung muda, sayur dan nasi perang yang berharga RM22. Harga yang diberikan telah termasuk kos penghantaran. Pesanan dibuat untuk penghantaran 1145-1245, tetapi penghantaran dia sampai awal dalam 1105 macam tu. Kita makan pukul 1230 dan makanan masih panas. 


Perlu diingat ye, ini makanan sihat jadi masakan ini kalorinya rendah sikit dari makanan biasa. Untuk pilihan harini 760kcal, ada juga yang dalam 400kcal sahaja. Kami taklah menghitung kalori sangat cuma nak cari yang lebih sihat dari biasa.

BEST KE? 

Secara jujurnya, kami seronok makan hidangan yang dipesan untuk hari ini. Rasanya tidak berat dan berperisa, sayurnya masih segar dan ikannya lembut. Nasi perang ini juga sedap dimakan. Overall experience, berbaloi. Janganlah kecam harga RM22 dia tu, makanan ini dihantar sampai ke pejabat dengan bungkusan yang cantik dan supaya kita kurang duit untuk beli dessert selepas makan. Hahahahah :) Jangan lah expect makanan penuh bersari ye.. sekali lagi diulangi.. ini makanan sihat. Adakah dahmakan akan dapat repeat order? Jawapannya.. tentu sekali ya dari kami di Best Ke.

Comments

Popular posts from this blog

Cold Stone Creamery

Cake Jalan Tiung