Posts

dahmakan: Best Ke?

Image
Untuk mencari makanan di Malaysia sangatlah mudah.. tepi pejabat sahaja dah ada macam-macam makanan yang dijual. Ayam goreng, sambal paru, daging rendang, chicken chop dan sebagainya. Tetapi, untuk mencari makanan sihat, segera dan sedap setiap hari bukanlah perkara mudah. Ruang ini masih terbuka luas untuk pengusaha makanan sihat di luar sana terokai. Oleh kerana inginkan makanan sihat yang tak sedih rupanya, kami pun memesan makanan dari dahmakan menerusi aplikasi telefon pintar. Mudah je.. pilih hari, pilih makanan, bayar guna online banking dan makanan panas ini dihantar ke destinasi mengikut masa yang dipilih. Sila taip dahmakan dan cubalah sendiri. (p/s: this is not a paid advertisement, ini bukanlah iklan berbayar)  Harini kita mencuba Kari ikan thai dengan laici, jagung muda, sayur dan nasi perang yang berharga RM22. Harga yang diberikan telah termasuk kos penghantaran. Pesanan dibuat untuk penghantaran 1145-1245, tetapi penghantaran dia sampai awal dalam 1105 macam

Mezcla Burrito Bar: Ke Mexico Kita?

Image
Soalan nak makan di mana ni sering membuat pasangan bertengkar sebab selalunya yang perempuan tahu di mana dia tak nak makan, dan yang lelaki risau nak utarakan takut yang perempuan tak nak makan di sana. You feel me?  Jadi sempena cuti panjang sambutan maal hijrah yang lalu, maka kaki pun panjang nak jalan-jalan cari makan, dan selepas melayari internet lebih kurang setengah jam,  kita ke USJ Taipan mencuba hidangan May-hee-ko. Dari luar kedai kita takdelah teruja sangat sebab restorannya kelihatan terlalu ringkas tapi janganlah letak harapan terlalu tinggi sebab ini bukan restoran high-end.   Restoran ini menyediakan hidangan Burrito, Taco, Quesadillas dan beberapa lagi hidangan side orders. ( Boleh zoom gambar seterusnya untuk hidangan yang ditawarkan beserta harga ). Tacos ada dua pilihan sarung, satu yang lembut macam roti, satu corn shell yang rangup, dan pengunjung boleh memilih daripada 6 kombinasi. Ada salsa udang, ayam dan jagung, ikan dan mangga, tofu dan kek

LOKL di Kuala Lumpur

Image
Bukan senang nak lepak Kuala Lumpur di waktu kerja, jadi sementara ada cuti sempena Merdeka dan sambutan hari kemerdekaan dibuat di Putrajaya,  kami pun bergerak ke Kuala Lumpur untuk bersiar-siar ketika bandaraya ini sedikit lengang. Untuk sarapan/makan tengahari (sarahari?) atau brunch kami mengunjungi sebuah restoran comel yang dinamakan LOKL Coffee Co. Restoran ini bertempat di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur di Jalan Tun H.S.Lee, sila Waze untuk lokasi. Ironinya makanan yang disediakan bukan bertemakan makanan tempatan walaupun nama restoran ini berbunyi seperti lokal, yang bermaksud tempatan. Mereka menghidang pelbagai jenis masakan dengan sedikit Asian twist katanya. Jadi siapa yang teringin nasi lemak, lontong, soto dan sebagainya, ini bukan destinasi ye.  Kami memilih tiga hidangan, Eggs Florentine, Smoked Brisket Hash dan Biscuits & Gravy. Hidangan telur itu berbaloi kerana ada salmon, bayam dan sos hollandaise di atas sekeping English muffin. Kami suka denga

Simply Ribs Untuk Tulang Rusuk Yang Menggiurkan

Image
Kepada peminat tulang rusuk lembu atau beef ribs, check out restoran baru ini “Simply Ribs” yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Restoran ini menyediakan hidangan tulang rusuk lembu yang dimasak lama sehingga daging begitu lembut, cair di dalam mulut gitu. Simply Ribs juga menawarkan pilihan stik daging lembu dan kambing untuk dinikmati. Seperti restoran lain juga, restoran ini menyediakan hidangan appetizers dan kami memilih Baked French Onion Soup. Jangan rasa pelik sebab namanya sup bawang, percayalah sedapnya boleh membuat anda tersenyum sampai ke telinga, ditambah dengan secoreng roti perancis disaluti keju cair yang sangat membuka selera.  Untuk hidangan utama, kami memilih Sticky Ribs yang dihidangkan bersama sayur-sayur seperti di dalam gambar (sayur-sayur ini tidak dimasak lama, kami suka begini tetapi untuk mereka yang suka sayur dimasak hingga lembik  mungkin tidak akan menggemari lobak merah rangup) dan secawan kentang goreng panas-panas, begitu rangup

Cold Stone Creamery

Image
Siapa ada gigi manis? Sweet tooth bak kata orang putih. Kalau ada, Cold Stone Creamery mesti membuatkan anda teruja. Cold Stone Creamery merupakan sebuah kedai aiskrim yang terletak di pusat membeli belah terkemuka Pavilion Kuala Lumpur. Jenama aiskrim ini lahir di Arizona, Amerika, dan kini jenama ini telah membuka cawangan di serata dunia. Konsep kedai Cold Stone Creamery ini ialah, anda boleh memilih gabungan aiskrim yang telah diadun dan ditawarkan di dalam menu, atau anda boleh memilih aiskrim perisa sendiri untuk dicampurkan. Perisa aiskrim yang dipilih itu akan dicampurkan di atas batu granit sejuk sebelum dihidang kepada pelanggan, lantas diberi nama "Cold Stone". Cold Stone Creamery menawarkan pelbagai perisa aiskrim dan smoothies . Anda boleh memilih untuk menikmati aiskrim dalam cawan saiz kecil, sederhana dan besar, atau boleh memilih kon atau mangkuk waffle. Harga tambah sikitlah untuk kon dan mangkuk waffle tu. Dan untuk memeriahkan lagi aiskrim, anda bol

Stik Di Serai? Sedap Ke?

Image
Kalau pergi restoran Serai untuk makan hidangan Malaysia memang logiklah kan sebab nama kedai pun Serai. Serai Platter yang menggabungkan nasi dengan lauk asam pedas kering ekor, ayam goreng dan sambal sotong memang menjadi kegemaran ramai pengunjung. Pilihan Nasi Kerabu, Satay, Ikan Stim, Kerabu dan sebagainya memang tidak dinafikan kesedapannya. Tetapi tahukah anda Serai juga ada menyediakan masakan barat? Tentu sekali kalau ada rakan-rakan yang mencadangkan makan barat di Serai, ada yang akan bertanya, sedap ke? Hidangan stik/steak Serai memang berbaloi dengan harganya. Stik ribeye dari Australia ini dimasak sempurna mengikut kehendak ''doneness' pelanggan, dihidang bersama puri labu yang lembut disulam elemen cebisan daging lembu garing, bawang dan cendawan Portobello tumis, kentang koktail rebus dan jus lada hijau. Dan di atas stik itu dihias dengan elemen garing macam bihun rangup. BEST KE? Untuk RM60, jawapan kami ialah Best Sangat! Stik lembut dan elemen-

Oiso Menawarkan Citarasa Korea

Image
Restoran Oiso ini menawarkan makanan Korea yang popular seperti Kimchi Ramen, Korean Black Bean Sauce Noodle, Ginseng Chicken Soup, Nasi Goreng Kimchi dan sebagainya. Setiap hidangan di dalam menu ini akan dihidangkan dalam bentuk set yang mengandungi jeruk-jeruk sampingan seperti kimchi, ikan bilis kacang goreng, lobak merah jeruk, telur gulung dipotong dan sebagainya sebagai penambah rasa. Bercerita mengenai portion, Oiso memang juara sebab portion yang dihidang berbaloi dengan harga. Boleh makan sampai puas Ramen yang dihidangkan dan jeruk-jeruk sampingan tadi boleh diminta tambah tanpa sebarang penambahan bayaran. Oiso yang kami pergi ini bertempat di Tingkat 1, IOI Mall Puchong dan ianya mendepani tasik kecil di tepi pusat membeli belah ini. Setakat ini Oiso mempunyai 14 cawangan, diantaranya di IOI city Mall, Tropicana City Mall dan Mutiara Damansara. BEST KE? Bagi kami, Oiso ni “Best Juga”. Bagi penggemar makanan Korea termasuk makcik-makcik penggemar drama