Oiso Menawarkan Citarasa Korea


Restoran Oiso ini menawarkan makanan Korea yang popular seperti Kimchi Ramen, Korean Black Bean Sauce Noodle, Ginseng Chicken Soup, Nasi Goreng Kimchi dan sebagainya. Setiap hidangan di dalam menu ini akan dihidangkan dalam bentuk set yang mengandungi jeruk-jeruk sampingan seperti kimchi, ikan bilis kacang goreng, lobak merah jeruk, telur gulung dipotong dan sebagainya sebagai penambah rasa.
Bercerita mengenai portion, Oiso memang juara sebab portion yang dihidang berbaloi dengan harga. Boleh makan sampai puas Ramen yang dihidangkan dan jeruk-jeruk sampingan tadi boleh diminta tambah tanpa sebarang penambahan bayaran.



Oiso yang kami pergi ini bertempat di Tingkat 1, IOI Mall Puchong dan ianya mendepani tasik kecil di tepi pusat membeli belah ini. Setakat ini Oiso mempunyai 14 cawangan, diantaranya di IOI city Mall, Tropicana City Mall dan Mutiara Damansara. BEST KE? Bagi kami, Oiso ni “Best Juga”. Bagi penggemar makanan Korea termasuk makcik-makcik penggemar drama Korea, makanan di sini membawa kita ke Seoul sebentar. Masakannya diperisa sesedap rasa, tidak terasa berat untuk dinikmati, terutama yang berasaskan sup. Tapi tadi kami memilih Seafood Ramen tetapi octopus dalam sup tu ada sedikit kenyal, namun begitu supnya digarap sempurna. Dari segi harga, Seafood Ramen ditawarkan pada harga RM16.90, Kimchi Tuna Penkek RM10.90, Ginseng Chicken Soup (seekor ayam dara) yang boleh dimakan berdua RM30.90. Dengan portion yang dihidangkan, berbaloi kami rasa. 

Comments

Popular posts from this blog

Cold Stone Creamery

Cake Jalan Tiung

dahmakan: Best Ke?