Cake Jalan Tiung
Hari Ahad lepas kami bersiar-siar di Shah Alam dan menjelang petang mestilah nak bersantai dan menikmati minuman panas. Kami memilih untuk mencuba Cake Jalan Tiung; sebuah kafe comel dan selesa terletak di Jalan Tg Ampuan Zabedah. Landmarknya ialah Ani Sup Utara, sila cari tangga dan panjat ke tingkat satu.
Ceria merupakan perasaan yang timbul tatkala kita melangkah masuk ke kafe ini. Cahaya semulajadi dari tingkap-tingkap kaca menghidupkan ruangan ini, dan dekorasi ringkas dan penuh gembira menjadikan kafe ini tempat yang sesuai untuk bersantai dan meluangkan masa bersama yang tercinta atau teman-teman.
Macam-macam jenis kek yang ditawarkan tetapi kami memilih bestseller, Salted Caramel & Chocolate disulami Cappucino dan Kopi Hitam Longblack. Pilihan kami tepat kerana kek ini sempurna dari segi visual dan rasa. Dari segi harga, Cappucino RM9, Longblack RM7 dan sepotong kek RM13.50. Berpatutan dengan kualiti yang dihidangkan.
BEST KE?
Memang “Best” kerana apa lagi yang anda jangkakan daripada kafe comel begini jika bukan minuman dan manisan yang menarik, persekitaran yang menggembirakan dan layanan yang bagus?
Comments
Post a Comment