Cold Stone Creamery
Siapa ada gigi manis? Sweet tooth bak kata orang putih. Kalau ada, Cold Stone Creamery mesti membuatkan anda teruja. Cold Stone Creamery merupakan sebuah kedai aiskrim yang terletak di pusat membeli belah terkemuka Pavilion Kuala Lumpur. Jenama aiskrim ini lahir di Arizona, Amerika, dan kini jenama ini telah membuka cawangan di serata dunia. Konsep kedai Cold Stone Creamery ini ialah, anda boleh memilih gabungan aiskrim yang telah diadun dan ditawarkan di dalam menu, atau anda boleh memilih aiskrim perisa sendiri untuk dicampurkan. Perisa aiskrim yang dipilih itu akan dicampurkan di atas batu granit sejuk sebelum dihidang kepada pelanggan, lantas diberi nama "Cold Stone". Cold Stone Creamery menawarkan pelbagai perisa aiskrim dan smoothies . Anda boleh memilih untuk menikmati aiskrim dalam cawan saiz kecil, sederhana dan besar, atau boleh memilih kon atau mangkuk waffle. Harga tambah sikitlah untuk kon dan mangkuk waffle tu. Dan untuk memeriahkan lagi aiskrim, anda bol...