Posts

Cake Jalan Tiung

Image
Hari Ahad lepas kami bersiar-siar di Shah Alam dan menjelang petang mestilah nak bersantai dan menikmati minuman panas. Kami memilih untuk mencuba Cake Jalan Tiung; sebuah kafe comel dan selesa terletak di Jalan Tg Ampuan Zabedah. Landmarknya ialah Ani Sup Utara, sila cari tangga dan panjat ke tingkat satu.  Ceria merupakan perasaan yang timbul tatkala kita melangkah masuk ke kafe ini. Cahaya semulajadi dari tingkap-tingkap kaca menghidupkan ruangan ini, dan dekorasi ringkas dan penuh gembira menjadikan kafe ini tempat yang sesuai untuk bersantai dan meluangkan masa bersama yang tercinta atau teman-teman.  Macam-macam jenis kek yang ditawarkan tetapi kami memilih bestseller, Salted Caramel & Chocolate disulami Cappucino dan Kopi Hitam Longblack. Pilihan kami tepat kerana kek ini sempurna dari segi visual dan rasa. Dari segi harga, Cappucino RM9, Longblack RM7 dan sepotong kek RM13.50. Berpatutan dengan kualiti yang dihidangkan.    BEST ...

Demam Durianity!

Image
Terletak di korner IOI Boulevard, Puchong, Durianity menawarkan lebih dari sekadar makan durian!  Restoran ini juga ada menghidangkan macam-macam makanan berasaskan nasi dan pasta,  dan yang menariknya banyak hidangan yang bersulamkan durian seperti Nasi Goreng Durian,  Nasi Lemak Durian dan macam-macam durian lagi. Kalau nak cuba durian bakar pun ada,  dan banyak lagi manisan durian seperti crepe, kek (bentuk buah durian), aiskrim, durian goreng  dan beraneka jenis lagi. Dan.. durian yang ditawarkan ialah durian berasal dari Raub, Pahang.  Ada durian kampung dalam harga RM15-18 sekilo, Musang King dalam RM28-38, Tekka berharga  RM30 sekilo, dan durian XO. Ikut suka la nak order mana, ada yang suka manis sahaja,  ada yang suka kepahitan dalam kemanisan katanya umpama rempah kehidupan.   Boleh makan durian di kedai atau boleh dipek cantik dalam bekas plastik untuk dibawa pulang.  Durian di sini rasanya amat sedap de...

Selamat Datang!

Bila ada yang cakap tentang tempat makan baru, atau movie, atau tempat holiday, soalan yang biasa yang kita tanya... BEST KE? So, blog ini akan menjawab soalan BEST KE? untuk restoran, filem, produk baru, dan macam-macam lagi! Here we go!