Soalan nak makan di mana ni sering membuat pasangan bertengkar sebab selalunya yang perempuan tahu di mana dia tak nak makan, dan yang lelaki risau nak utarakan takut yang perempuan tak nak makan di sana. You feel me? Jadi sempena cuti panjang sambutan maal hijrah yang lalu, maka kaki pun panjang nak jalan-jalan cari makan, dan selepas melayari internet lebih kurang setengah jam, kita ke USJ Taipan mencuba hidangan May-hee-ko. Dari luar kedai kita takdelah teruja sangat sebab restorannya kelihatan terlalu ringkas tapi janganlah letak harapan terlalu tinggi sebab ini bukan restoran high-end. Restoran ini menyediakan hidangan Burrito, Taco, Quesadillas dan beberapa lagi hidangan side orders. ( Boleh zoom gambar seterusnya untuk hidangan yang ditawarkan beserta harga ). Tacos ada dua pilihan sarung, satu yang lembut macam roti, satu corn shell yang rangup, dan pengunjung boleh memilih daripada 6 kombinasi. Ada salsa udang, ayam dan jagung, ikan ...
Comments
Post a Comment